25 Aplikasi Yang Anda Perlu Buang Sekarang!

Sebuah syarikat keselamatan siber di Perancis, Elvina, telah menyenaraikan 25 aplikasi Android yang mencuri kata laluan Facebook penggunanya. Antara aplikasi-aplikasi ini termasuk aplikasi lampu suluh, pedometer, penyunting gambar, permainan Solitaire, pembaca kod QR, dan banyak lagi.

Menurut Elvina, apabila pengguna membuka aplikasi Facebook di telefon mereka, perisian hasad (“malware”) ini akan membuka pelayar web dengan laman web Facebook yang palsu di atas aplikasi yang sebenar dan meminta pengguna untuk memasukkan nama dan kata laluan akaun mereka. Maklumat ini kemudiannya akan di hantar oleh aplikasi tersebut ke pelayan (“server”) yang jauh.

Jika anda lihat dengan teliti, anda dapat melihat halaman log masuk Facebook yang palsu dipaparkan di atas aplikasi Facebook yang sebenar (Label biru = aplikasi Facebook ayng sebenar, label hitam = halaman Facebook yang palsu).

Aplikasi-aplikasi ini telah pun di buang daripada Google Play Store setelah dilaporkan oleh Elvina. Menurut Google, aplikasi yang dibuang daripada Google Play Store akan turut dinyahpasang (“uninstall”) daripada peranti yang memasangnya. Tetapi adalah lebih baik jika kita semak semula sekiranya aplikasi-aplikasi ini masih berada di dalam telefon. Saya menyarankan supaya anda menukar kata laluan Facebook anda sekiranya anda pernah memasang aplikasi-aplikasi ini di telefon anda.

Berikut adalah senarai 25 aplikasi tersebut seperti yang dilaporkan oleh Elvina:

Kesemua aplikasi ini didaftarkan di bawah syarikat yang bernama Rio Reader LLC dan sudah dimuat turun sebanyak 2.34 juta kali sebelum dibuang daripada Google Play Store. Kebanyakan aplikasi ini dikeluarkan pada tahun 2019. Ini bermaksud aplikasi-aplikasi ini telah mencuri jutaan kata laluan pengguna sebelum dibuang.

Akhir kata, pastikan anda memeriksa ulasan pengguna sebelum memuat-turun aplikasi daripada Google Play Store dan hanya memasang aplikasi yang disediakan oleh syarikat yang boleh dipercayai. Aktifkan juga Dua Faktor Pengesahan untuk akaun-akaun media sosial anda untuk menghalang penceroboh daripada masuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *