Kebocoran Akaun Zoom: Apa yang anda perlu lakukan sekarang.

Sebuah syarikat risikan keselamatan siber, Cyble, baru-baru ini melaporkan lebih 500,000 akaun Zoom telah di jual di web gelap dan forum penggodam dengan harga kurang daripada USD0.01/akaun dan adakalanya diedarkan secara percuma. Zoom merupakan perisian persidangan video di atas talian yang menjadi popular di Malaysia sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan di kuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia pada 22 Mac 2020.
Maklumat akaun Zoom yang bocor adalah termasuk alamat emel dan kataluan pengguna, URL persidangan peribadi dan Kunci Hos (HostKey). Kebocoran maklumat ini membolehkan individu mengakses mana-mana akaun Zoom terlibat menggunakan emel dan kataluan yang bocor, menyertai persidangan peribadi yang dihoskan oleh pengguna Zomm melalui URL persidangan peribadi, atau mengambil alih persidangan yang sedang berlangsung menggunakan Kunci Hos.
Untuk mengelakkan akaun atau persidangan dalam talian anda diambil alih oleh orang lain, anda dinasihatkan untuk menukar kata laluan, URL persidangan peribadi dan Kunci Hos (HostKey) Zoom anda dengan segera.
Rujukan: