4 Kata Laluan (“password”) Facebook yang Popular di Malaysia

Kandungan siaran ini:
Kebocoran kata laluan pengguna Facebook di Malaysia
Elakkan Kata Laluan Yang Popular
Ciri-ciri Kata Laluan Yang Kuat
Apa yang saya pelajari
3 Langkah Yang Anda Boleh Ambil Sekiranya Facebook Anda Di Ceroboh

Kebocoran Kata Laluan pengguna Facebook di Malaysia

Baru-baru ini saya menemui sekitar 5000 akaun Facebook dan kata laluan netizen Malaysia beredar di Internet. Saya mengambil kesempatan ini untuk menganalisa corak pemilihan kata laluan yang digemari oleh pengguna Facebook di Malaysia.

Tangkap layar senarai emel dan kata laluan Facebook yang bocor

Senarai di bawah adalah 4 kata laluan yang popular dikalangan pengguna Facebook di Malaysia berdasarkan 5000 akaun tersebut, disusun mengikut kekerapan.

Penggunaan kata laluan yang popular boleh diibaratkan seperti rumah berkunci, tetapi anak kuncinya dimiliki oleh setiap orang di kejiranan anda. Keselamatan rumah anda bergantung kepada kejujuran jiran-jiran. Akaun Facebook anda terdedah kepada pencerobohan pada bila-bila masa sahaja sekiaranya kata laluannya mudah diteka.

Bonus: Muat turun 100,000 kata laluan yang mesra penggodam dan pastikan kata laluan anda tiada di dalam senarai!

Ciri-ciri Kata Laluan Yang Kuat

Kata laluan sepatutnya sukar di teka tetapi mudah diingati. Kata laluan yang kuat boleh mencegah penceroboh daripada menekanya dengan mudah. Ini boleh dilakukan dengan memastikan kata laluan:

  • Mempunyai minimum 15 aksara
  • Menggunakan kombinasi huruf besar, huruf kecil, simbol dan nombor (Cth. K@t@L@lu@nS@y@135)
  • Bukan perkataan atau kombinasi perkataan kamus (Cth. “password”, “strongpassword”, “brokenheart”, “sayangawakselalu”)
  • Tidak menggunakan corak aksara pada papan kekunci (Cth. “qwerty”, “zxcvbnm,./”, “123456”

Apa yang saya pelajari

1. “123456” ialah kata laluan yang kerap digunakan di Malaysia dan di dunia.

Kata laluan di tempat pertama, “123456”, merupakan kata laluan yang paling popular di dunia mengikut kajian yang dilakukan oleh SafetyDetectives. Mengikut SafetyDetectives, 10 kata laluan yang paling kerap digunakan di dunia adalah:

  • 123456
  • password
  • 123456789
  • 12345
  • 12345678
  • qwerty
  • 1234567
  • 111111

2. Penggunaan corak aksara pada papan kekunci sebagai kata laluan

Imej diambil dari vpns.co.uk

Daripada senarai kata laluan yang bocor, penggunaan corak papan kekunci juga turut menjadi kegemaran pengguna Facebook seperti “qwerty”, “123456”, “123456789”, dan “zxcvbnm,./”. Elakkan daripada menggunakan kata laluan jenis ini kerana ia mudah diteka oleh penggodam.

3. Jangan Guna Semula Kata Laluan

Mengikut tinjaun yang dilakukan oleh Google ke atas 3000 rakyat Amerika yang berumur di antara 16 ke 50 tahun, 52% daripada mereka menggunakan semula kata laluan untuk akaun di atas talian yang lain. Sekiranya anda menggunakan semula kata laluan, contohnya anda menggunakan semula kata laluan Facebook anda untuk perbankan Internet, kebocoran kata laluan seperti ini boleh memberikan penggodam akses kepada akaun perbankan Internet anda.

Untuk pengetahuan anda, kelemahan ini telah digunakan oleh penggodam untuk mencuri hampir setengah juta akaun pengguna Zoom.

4. Kata Laluan Sahaja Tidak Mencukupi!

Kebocoran senarai kata laluan pengguna Facebook Malaysia di atas membuktikan kata laluan sahaja tidak dapat mencegah penggodam daripada mengakses akaun anda. Penggodam boleh mencuri kata laluan anda samada melalui ralat (“bug”) di dalam aplikasi, atau menggunakan perisian hasad (“malware”).

Salah satu cara untuk mencegah penggodam daripada mengakses akaun Facebook anda walaupun mereka mempunyai kata laluan adalah dengan mengaktifkan Pengesahan Dua Faktor.

3 Langkah Yang Anda Boleh Ambil Sekiranya Facebook Anda Di Ceroboh

1. Sahkan Pencerobohan

Jika anda masih boleh mengakses akaun anda, pergi ke “Tetapan” –> “Keselamatan dan Log Masuk” dan pilih untuk melihat semua “Tempat Anda Mengelog Masuk”. Perhatikan peranti terkakhir yang digunakan untuk mengakses akaun anda dan dari mana akaun anda diakses. Pastikan akaun anda tidak diakses dari peranti selain milik anda atau dari lokasi yang tidak dikenali.

Sekiranya akaun anda diceroboh, tukar kata laluan anda dengan segera.

Tangkap layar senarai peranti dan lokasi log masuk akaun Facebook

2. Laporkan pada Facebook

Facebook menyediakan pautan, https://www.facebook.com/hacked/, untuk pengguna melaporkan sekiranya akaun mereka digodam walaupun mereka tidak lagi boleh mengaksesnya. Anda hanya perlu memasukkan nombor telefon atau emel yang anda gunakan semasa membuka akaun.

3. Maklumkan pada rakan-rakan anda

Anda perlu memaklumkan kepada semua rakan-rakan dan ahli keluarga anda sekiranya akaun Facebook anda digodam. Penggodam mungkin menggunakan akaun anda untuk menyamar sebagai diri anda dan meminta daripada rakan-rakan atau ahli keluarga anda maklumat peribadi, kata laluan bank, atau juga wang!

Terdapat beberapa kejadian di mana penggodam menggunakan akaun yang dicuri dan mencari ibu, ayah, atau pasangan pemilik akaun melalui senarai rakan Facebook dan menghantar mesej seperti “Along di balai polis, tolong bank-in kan duit ikat jamin”, atau “Kereta baby rosak, sayang boleh tolong transfer duit ke mekanik?”. Jika anda mendapat mesej seperti ini daripada orang yang rapat, semestinya anda akan panik dan terus memindahkan wang seperti yang diminta tanpa memeriksa identiti penghantar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *