Cara elakkan akaun Google, Facebook, dan Instagram anda daripada diceroboh
Kandungan siaran ini:
Kelemahan Penggunaan Kata Laluan
Apa Itu Pengesahan Dua Faktor
Cara Mengaktifkan Pengesahan Dua Faktor
– Akaun Google
– Akaun Facebook
– Akaun Instagram
Akhir Kata

Kelemahan Penggunaan Kata Laluan
Sedarkah anda akaun Google dan media sosial seperti Facebook dan Instagram merupakan akaun yang paling penting di dalam hidup anda? Akaun-akaun ini menyimpan banyak maklumat peribadi dan juga membentuk identiti digital anda di Internat. Sebagai contoh, anda menggunakan akaun Google untuk mengakses Gmail yang mungkin menyimpan penyata akaun bank atau kad kredit anda, atau Google Photos untuk menyimpan gambar-gambar peribadi, atau Google Drive untuk menyimpan fail-fail peribadi anda. Akaun Facebook dan Instagram pula membentuk pesona atau identiti anda di Internet. Apa sahaja yang disiarkan atau dimuat naik menggunakan akaun-akaun ini akan di anggap datang daripada anda. Sekarang, cuba bayangkan sekiranya akaun-akaun ini jatuh kepada individu yang tidak bertanggungjawab.
Jika anda mempunyai daya ingatan seperti saya, anda mungkin menggunakan kata laluan yang sama untuk semua akaun di dalam talian. Ini lebih mudah berbanding menggunakan kata laluan berbeza untuk setiap akaun dan cuba mengingatnya. Walau bagaimanapun, kaedah ini mendedahkan anda kepada risiko kehilangan akses ke semua akaun dalam talian sekiranya kata laluan tersebut diketahui oleh orang lain.
Apa Itu Pengesahan Dua Faktor
Pengesahan Dua Faktor (2FA) ialah kaedah pengesahan identiti pengguna menggunakan kombinasi dua jenis faktor ini: 1) sesuatu yang anda tahu (kata laluan, PIN), 2) sesuatu yang anda miliki (telefon, kad akses), dan 3) sesuatu yang menjadikan anda unik (cap jari, retina mata, DNA, wajah).

Contoh pengesahan dua faktor ialah apabila kita mengeluarkan duit dari mesin ATM. Pengeluaran hanya dibenarkan sekiranya kita mempunyai kad ATM (sesuatu yang pengguna ada), dan nombor PIN (sesuatu yang pengguna tahu). Contoh yang lain pula ialah mesin perakam waktu yang menggunakan kombinasi PIN (sesuatu yang pengguna tahu), dan cap jari (sesuatu yang ada pada tubuh penggguna).

Pengesahan Dua Faktor Untuk Akaun Dalam Talian Anda
Google, Facebook dan Instagram mempunyai fungsi keselamatan pengesahan dua faktor untuk melindungi akaun anda. Pengesahan dua faktor ini menggunakan kombinasi kata laluan dan 6 digit kod penentusahan yang akan di hantar ke telefon anda samada melalui SMS atau panggilan telefon apabila ia mengesan percubaan untuk masuk ke akaun anda dari peranti atau pelayar yang tidak dikenali. Berikut adalah cara-cara untuk mengaktifkan fungsi keselamatan ini:
Akaun Google
2. Pilih "Security" pada bahagian atas.
3. Pada bahagian "Signing in to Google", pilih "2-Step Verification".

4. Pilih "Get started" dan masukkan nama dan kata laluan anda untuk pengesahan.

5. Di skrin berikutnya, anda dapat melihat telefon anda telah didaftarkan sebagai alat pengesahan kedua. Google Prompt akan menghantar permintaan untuk log masuk ke akaun anda kepada telefon yang telah didaftarkan di sini.

6. Tekan butang "TRY IT NOW" untuk menguji pengesahan melalui Google Prompt. Anda akan mendapat skrin seperti di bawah. Tekan "YES". Untuk pengetahuan anda, anda akan mendapat notifikasi di bawah setiap kali ada percubaan untuk masuk ke akaun Google anda dari peranti yang tidak didaftarkan di bawah akaun Google anda.

7. Selepas itu, anda boleh memilih untuk menggunakan SMS atau panggilan telefon sebagai pengesahan sokongan (backup) sekiranya Google Prompt tidak berfungsi. Masukkan nombor telefon anda dan tekan "SEND". Google akan menghantar kod pengesahan kepada telefon anda. Masukkan kod pengesahan di dalam skrin berikutnya.


8. Akhir sekali, klik "TURN ON" untuk mengaktifkan pengesahan kedua anda.

2.Pada panel navigasi di sebelah kiri, pilih "Security" dan kemudian pilih "2-Step Verification" pada panel "Signing in to Google".

3. Klik butang "GET STARTED" di skrin berikutnya. Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan akaun Google anda untuk pengesahan.

7. Selepas itu, anda perlu memilih samada anda mahu menggunakan SMS atau panggilan telefon sebagai untuk menerima kod pengesahan. Masukkan nombor telefon anda dan tekan "NEXT". Google akan menghantar kod pengesahan kepada telefon anda. Masukkan kod pengesahan pada skrin berikutnya dan tekan "NEXT".

8. Akhir sekali, klik "TURN ON" untuk mengaktifkan pengesahan kedua anda.

2. Tekan "Menu" ->"Settings" -> akaun anda -> "Manage your Google Account".
3. Pilih "Security" pada bahagian atas.
4. Pada bahagian "Signing in to Google", pilih "2-Step Verification".
5. Pilih "Get started" dan masukkan nama dan kata laluan anda untuk pengesahan.
6. Tekan butang "TRY IT NOW" untuk menguji pengesahan melalui Google Prompt. Anda akan mendapat skrin seperti di bawah. Tekan "YES". Untuk pengetahuan anda, anda akan mendapat notifikasi di bawah setiap kali ada percubaan untuk masuk ke akaun Google anda dari peranti yang tidak didaftark di bawah akaun Google anda.

7. Selepas itu, anda boleh memilih untuk menggunakan SMS atau panggilan telefon sebagai pengesahan sokongan (backup) sekiranya Google Prompt tidak berfungsi. Masukkan nombor telefon anda dan tekan "SEND". Google akan menghantar kod pengesahan kepada telefon anda. Masukkan kod pengesahan di dalam skrin berikutnya.
8. Akhir sekali, klik "TURN ON" untuk mengaktifkan pengesahan kedua anda.
Akaun Facebook
2. Pilih pada menu -> "Tetapan & Privasi" -> "Tetapan"

3. Kemudian, pilih "Keselamatan dan Log Masuk" pada panel "Keselamatan".

4. Pilih "Gunakan pengesahan dua-faktor"

5. Pilih "Mesej Teks (SMS)". Kod penentusahan (authentication code) akan di hantar melalui SMS ke telefon anda apabila anda cuba mendaftar masuk ke Facebook daripada pelayar atau peranti mudah alih yang tidak kenali.

6. Pilih/masukkan nombor telefon anda untuk menerima kod penentusahan daripada Facebook.

7. Masukkan kod kod penentusahan

8. Selesai. Akaun Facebook anda kini mempunyai dua-faktor pengesahan. Facebook akan menghantar kod pengesahan ke nombor telefon yang telah didaftarkan sekiranya ada percubaan log masuk dari peranti atau pelayar yang tidak dikenali.

2. Pergi ke bahagian bawah pada "Gunakan pengesahan dua faktor" dan klik "Sunting".
3. Pilih "Mesej Teks (SMS)" sebagai kaedah pengesahan.

4. Pilih/masukkan nombor telefon anda untuk menerima kod penentusahan daripada Facebook.
5. Facebook akan menghantar 6 digit kod pengesahan ke telefon anda. Masukkan kod ini sebagai pengesahan.
6. Selesai. Akaun Facebook anda kini mempunyai dua-faktor pengesahan. Facebook akan menghantar kod pengesahan ke nombor telefon yang telah didaftarkan sekiranya ada percubaan log masuk dari peranti atau pelayar yang tidak dikenali.

Akaun Instagram

2. Ketik

3. Ketik "Keselamatan" -> "Pengesahan Dua Faktor".
3. Ketik "Bermula".
4. Pilih "Mesej Teks".

5. Instagram akan menghantar 6-digit kod penentusahan ke nombor telefon yang telah anda daftarkan. Masukkan kod ini di skrin berikutnya.
6. Selesai. Akaun Instagram anda kini mempunyai dua-faktor pengesahan. Instagram akan menghantar kod pengesahan ke nombor telefon yang telah didaftarkan sekiranya ada percubaan log masuk dari peranti atau pelayar yang tidak dikenali.

Akhir Kata
Pengunaan Dua Faktor Pengesahan dapat melindungi akaun-akaun Google, Facebook dan Instagram anda daripada diceroboh. Penceroboh bukan sahaja memerlukan kata laluan tetapi juga kod penentusahan yang akan dihantar ke telefon untuk log masuk ke akaun anda. Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak akan berkesan sekiranya penceroboh mempunyai akses fizikal dan kata laluan telefon anda. Saya menyarankan supaya anda mengaktifkan pengecaman cap jari atau wajah (sesuatu yang menjadikan ANDA unik) di telefon untuk melindungi penceroboh daripada membuka telefon dan mengambil kod penentusahan anda.