Cara mengetahui sekiranya maklumat akaun anda telah bocor

Gambar ihsan daripada Canva

Kejayaan penggodam mendapatkan 500 juta akaun Zoom tanpa perlu menggodam Zoom merupakan satu perkara yang membimbangkan kerana ia mendedahkan kelemahan pengguna di dalam menguruskan akaun-akaun Internet mereka dan bagaimana kebocoran satu akaun membolehkan penggodam mengakses akaun-akaun yang lain.

Sekiranya anda ragu-ragu jika maklumat akaun anda telah bocor atau tidak, anda boleh memeriksanya di laman web Have I Been Pwned atau BreachAlarm.

Alamak! Kene pwned

Have I Been Pwned dan BreachAlarm mengumpul dan menganalisa data-data yang bocor di Internet dan membolehkan pengguna mencari maklumat mereka sendiri dengan memasukkan nama pengguna atau alamat emel mereka. Pengguna juga boleh mendaftar untuk mendapat pemberitahuan sekiranya alamat emel mereka bocor di masa hadapan.

2 Replies to “Cara mengetahui sekiranya maklumat akaun anda telah bocor”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *